Tarik nafas, hembus nafas…ulang. Ini sepatutnya sangat mudah untuk dilakukan tetapi ia berbeza untuk anak anda. Anda tahu apabila bunyi nafasnya yang berdehit menjadi semakin kuat, diikuti dengan batuk atau kesukaran bernafas. Jadi, anda segera mengambil ubat atau mengejarkan anak anda ke hospital.
Anda akan membuat apa sahaja yang anda mampu untuk melindungi anak anda, namun apabila berada diluar rumah, anak anda terdedah kepada pelbagai risiko diluar kawalan anda termasuklah virus influenza yang sangat mudah berjangkit.1 Kajian telah menunjukkan apabila pesakit lelah dijangkiti influenza, ia akan mencetuskan tindak balas keradangan berantai dan boleh menyebabkan serangan lelah.2 Apa yang lebih membimbangkan, anak anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat radang paru-paru selepas dijangkiti influenza berbanding kanak-kanak yang tidak menghidap lelah.
Amalkan panduan berikut untuk melindungi kesihatan anak anda:
Semoga kebimbangan anda akan berkurang apabila mengetahui anak anda turut mendapat perlindungan dari dalam.
Ketahui dengan lebih lanjut. Tonton Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bercakap tentang pencegahan flu di kalangan kanak-kanak di www.actoflove.ifl.my/juniors
Clinic Locator
Privacy Policy
Terms of Use
Disclaimer
23-5, Block B, the Suites, Jaya One,
72A, Jalan Prof Diraja Ungku Aziz,
46200 Petaling Jaya, Selangor.