Stacks Image 328
The Flu Checker:
Soalan 1 daripada 5

Adakah ibu bapa anda berusia 65 tahun ke atas?
Ya
Tidak
image/svg+xml
Anda jawab YA: Paru-paru dan sistem imun badan akan menjadi semakin lemah dengan meningkatnya usia. Oleh itu, bagi orang yang sudah lanjut usianya seperti ibu bapa anda, ia menjadi sukar untuk mereka melawan influenza. Simptom yang dialami mungkin lebih teruk dan risiko mereka mendapat komplikasi yang serius juga adalah lebih tinggi.
Seterusnya
image/svg+xml
Anda jawab TIDAK: Flu boleh menjadi serius tanpa mengira peringkat umur. Orang muda yang sihat pun selalu dimasukkan ke hospital akibat influenza. Ibu bapa anda tidak terkecuali daripada risiko ini, lebih-lebih lagi apabila usia mereka semakin lanjut.
Seterusnya
image/svg+xml
Soalan 2 daripada 5


Adakah ibu bapa anda menghidap masalah kesihatan yang kronik, seperti tekanan darah tinggi, kegagalan jantung atau penyakit paru-paru?
Ya
Tidak
image/svg+xml
Anda jawab YA: Ibu bapa anda adalah antara berjuta-juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kronik. Mereka terdedah kepada ancaman influenza. Influenza memburukkan lagi penyakit kronik, walaupun jika dikawal dengan baik. Influenza boleh mencetuskan strok (angin ahmar), serangan jantung, kecemasan akibat diabetes (kencing manis) dan kegagalan pernafasan.
Seterusnya
image/svg+xml
Anda jawab TIDAK: Wah, bagus! Namun begitu, ibu bapa anda tetap perlu melindungi diri daripada influenza. Komplikasinya boleh merosakkan paru-paru, jantung, otot dan sistem saraf warga emas walaupun mereka tidak menghidap penyakit kronik.
Seterusnya
image/svg+xml
Soalan 3 daripada 5


Adakah ibu bapa anda menjalani gaya hidup sosial yang aktif?
Ya
Tidak
image/svg+xml
Anda jawab YA: Pergaulan dengan rakan-rakan adalah bagus untuk kesejahteraan badan dan minda. Walau bagaimanapun, influenza sangat mudah merebak. Lebih-lebih lagi, musim influenza di Malaysia berterusan sepanjang tahun, tidak seperti di negara-negara beriklim sederhana yang biasanya menghadapi wabak influenza pada musim sejuk.
Seterusnya
image/svg+xml
Anda jawab TIDAK: Ibu bapa anda masih boleh mendapat jangkitan influenza. Mereka boleh menyedut virus yang tersebar apabila orang yang dijangkiti influenza batuk atau bersin. Mereka juga boleh dijangkiti jika mereka menyentuh lubang hidung, mata dan mulut setelah menyentuh permukaan yang dicemari virus.
Seterusnya
image/svg+xml
Soalan 4 daripada 5


Adakah ibu bapa anda memerlukan penjagaan sepanjang masa di rumah?
Ya
Tidak
image/svg+xml
Anda jawab YA: Anda menjaga ibu bapa anda dengan penuh kasih sayang dan memastikan mereka sentiasa sihat. Walaubagaimanapun, influenza boleh memberi kesan yang teruk dan seterusnya menyebabkan kesihatan mereka merosot dengan cepat. Ini akan menambahkan beban kewangan, emosi dan fizikal yang anda tanggung.
Seterusnya
image/svg+xml
Anda jawab TIDAK: Syukur ibu bapa anda masih kuat, mampu berjalan dan berdikari. Tetapi influenza boleh mengubah segala-galanya. Satu jangkitan sahaja boleh mengakibatkan mereka dimasukkan ke hospital dan menganggu ketenteraman fikiran mereka dan juga anda sendiri.
Seterusnya
image/svg+xml
Soalan 5 daripada 5


Syabas kerana anda ambil tahu tentang flu dan warga emas. Ini menunjukkan anda benar-benar mengambil berat tentang risiko ibu bapa anda mendapat flu. Mujurlah anda boleh melindungi mereka dengan vaksinasi flu. Kongsikan dengan kami apa yang anda bercadang untuk lakukan selepas ini.
image/svg+xml
image/svg+xml
Beri ibu bapa anda kasih sayang, penjagaan dan perlindungan yang sepatutnya mereka dapat di usia emas.

Kongsikan apa yang anda telah pelajari tentang flu kepada saudara dan rakan-rakan anda.
Pencegahan influenza adalah salah satu cara menunjukkan kasih sayang.






Kembali ke Laman Utama

Terms of Use | Privacy | Disclaimer | SPMY.IFLU.19.11.0300b