Dalam dunia kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi, mereka mungkin membayangkan diri sebagai adiwira yang bertarung dengan raksasa yang menakutkan. Namun dalam kehidupan sebenar, kanak-kanak amat terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Influenza adalah salah satu daripada ancaman tersebut. Penyakit ini menyebabkan antara 290,000 dan 650,000 kematian berkaitan masalah pernafasan setiap tahun di seluruh dunia1, dan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan lain lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital akibat influenza. Dari 40% kanak-kanak yang dikaji oleh Dawood, 18% menghidap lelah, 15% (yang berusia bawah dua tahun) dilahirkan pramatang, dan 7% mengalami masalah perkembangan.5
Namun ini tidak bermakna kanak-kanak lain selamat. Satu kajian yang dijalankan selama 25 tahun terhadap 1,665 kanak-kanak yang sihat mendapati bahawa influenza dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi di kalangan kanak-kanak sihat yang berusia bawah lima tahun. Otitis media akut (jangkitan telinga dalam yang menyakitkan) dan jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah dua tahun.6
Kanak-kanak sering berkongsi alat permainan dan berada dekat dengan rakan-rakan di sekolah, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Jadi, tidak hairanlah mereka mudah dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini. Malah, mereka juga memindahkan lebih banyak virus dalam tempoh yang lebih lama berbanding orang dewasa walaupun menunjukkan simptom untuk tempoh yang lebih singkat.8
Semua ini biasanya akan menimbulkan masalah kepada diri mereka dan ahli keluarga mereka. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Principi et al mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang menghidap influenza menghadiri pusat jagaan harian atau sekolah. Mereka juga lebih cenderung untuk mengalami demam dan krup (jangkitan pada saluran udara atas yang dikenal pasti dengan batuk menyalak), dan tidak dapat hadir ke sekolah untuk tempoh yang lebih lama.9
Ibu bapa dan adik beradik mereka juga mengalami lebih banyak penyakit pernafasan, memerlukan lebih banyak rawatan, tidak dapat hadir ke sekolah atau bekerja untuk tempoh yang lebih lama, dan memerlukan bantuan di rumah untuk menjaga anak-anak yang sakit untuk tempoh yang lebih lama.10
Vaksin influenza sepatutnya diberikan setiap tahun untuk melindungi daripada mutasi baru virus yang dijangka datang pada musim berikutnya.14
Ini akan mengurangkan risiko mendapat penyakit yang lebih teruk yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau komplikasi yang serius. Ia juga akan membantu menghalang virus tersebut daripada tersebar di rumah (terutamanya jika anda mempunyai bayi yang berusia bawah enam bulan) atau di sekolah.15
Sementara negara-negara beriklim sederhana mengalami influenza secara bermusim ketika musim sejuk, kita di Malaysia menghadapinya sepanjang tahun. Oleh itu, anda perlu memastikan anak anda mendapat vaksin secepat mungkin dan pastikan anda mengulangi proses tersebut setiap tahun.
Ketahui dengan lebih lanjut. Tonton Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bercakap tentang pencegahan flu di kalangan kanak-kanak di www.actoflove.ifl.my/juniors
References/Rujukan:
Terms of Use | Privacy | Disclaimer | SPMY.IFLU.19.03.0110i (12/19)